Assalammualaikum.
sebelum ke peringkat seterusnya saya ingin meminta maaf. Saya sama sekali tidak berniat untuk berbicara soal politik di blog saya. Saya sama sekali hanyalah manusia yg kerdil. pelajar yg masih belum matang dan belum menghabiskan pengajiannya. Baru- baru ini kita di gemparkan dengan Debat PTPTN. Saya sendiri keliru dengan masalah ini kerana saya sendiri menampung perbelanjaan saya di Universiti dengan menggunakan wang hasil pinjaman PTPTN ini.Pendidikan percuma? iya, saya percaya semua mahukan pendidikan percuma. Tapi adakah kita sudah tahu? adakah kita sudah arif dengan ekonomi Malaysia ? Mampukah pendidikan percuma diberikan kepada semua? . Sebelum saya menutup bicara saya lampirkan Analisis Debat PTPTN oleh HELMI EFFENDY yg saya temui di laman Facebook.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara
KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang
mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi
yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya
mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta
yang tepat dan benar mengenai debat itu.
1. Sikap Rafizi
yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan
itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik
bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu
mungkin dalam perdebatan yang lain.
2. Saudara Rafizi
kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk
menyokong pendapatan beliau mengenai pendidikan percuma. Malah, beliau
memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk
membidas fakta Rafizi.
3. Maka, tugas saya di sini untuk
membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk
duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa
negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya
bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang
mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan
pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah
dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :)
4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:
A) Agriculture and forestry 4.5%,
B.) Industry 18.3%
C.) Construction 7.3%
D.) Commerce 16%
E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,
F.) Transport and communications 7%
G.) Public services 32.4%
Sekarang
ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland
hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
5.
Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak
mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu).
Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam
ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan
menduduki ranking ke-69. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan
Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara
yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta
rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 69
dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
Sumber saya di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita6.
Perbandingan
ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan
(bak kata saudara KJ). Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan
nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak
baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak
ambil contoh apa ya ?
7. Dah dapat! Apa kata kita ambil
Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita.
Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan
percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa
cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak...
saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya?
Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.
8. http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
"Brazil
is known for charging a high tax burden from its citizens and companies
established. We will provide an overview of the most common taxes in
Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan
itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan
banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi
kena terima hakikat nothing is free dalam
dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan
percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah
CUKAI YANG TINGGI.
9. Tak puas hati lagi? Mari-mari
menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel
yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai.
Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni:
http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
10.
Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma.
Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak
nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu,
bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html
Eh,
apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada
rakyat, tetapi kenapa sebaliknya? Sampai kena tangkap tu Mahasiswa
Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
11.
Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan
nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang
ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan
pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan
dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka
sendiri.
12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua,
anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu
kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu,
tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan
itu ialah darah dagingnya.
13. Perkara lain, saya tak
perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah
dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
14. Oh ya, ada lagi
yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji
bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas
tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU yang lepas pun tak
habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.
15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.
- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.
Kesimpulannya
ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi
sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya
Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan
tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan,
InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel
ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.
Manusia ada akal untuk berfikir. Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment