Thursday, 16 May 2013

Sejarah.

assalammualaikum ebelibodyyyy.. (kemain ebeli) wakakaka.
hai uolls. ya allah. nk setahun dah kan aku tak update blog ni. kesian benar blog ni. hikss.
biaselah. kadang2 nk update busy. kadang2 nk update tak ada idea. kadang2 memang malas nk update. kadang. kadang. kadang. banyak cekadang kau!! haha
okay la. update kali ni nk citer pasal result jer. memang aku update blog aku sebab nk citer pasal result jer. LOL. hmm. mcm yg uolls tahu la kan. baru-baru ni result aku utk sem ke 4 da keluar. woah. nervous tak hingat kau!! walaupun da sem 4 kau igt ap. rasa mcm tunggu result SPM. gitu. aku mcm biaselah dup dap dup dap mesti mau ada. berlakon rilek. "rilek brader. rilek" haa. amik lagu baru. haha. nk cerita sem 4 ni memey mcm2 dugae la (kelantan tetiba). dengan subjek tough2 pergh. kau igt boleh belajar sambil korek idung mcm dulu?? boleh main2?? boleh main utuber mlm2?? tp yg aku igt aku layan utuber. play lagu dangdut + hindustan senyap2. ilmu mencurah2 nk masuk kau. ibarat lagu seratus percent tuh! kemainn. haha yg ni korang jgn tiru. aku cadangkan korang dengar lagu ketuhanan lagi bagus. k. adik-adik.
tp alhamdulilah lah. berkat usaha doa boleh habiskan sem 4 dengan jayanya. Nk share lah. ak memang bukan yg rajin belajar. Ulat buku ap sume tu. kaki library. sememangnya itu bukan ak. aku belajar pon last minutes jer. tp time tu la kene bg 1000 juta kali focus. Tak kira quiz ke test ke bagi la sepenuh perhatian. itu semua yg bnyk membantu aku rasa. tp sememangnya aku mcm tak layak nk bg ceramah tetiba ni. hahahahhaa.
ALHAMDULILAH seratus juta kali ,result sem ni memang di luar jangkauan aku. Bersyukur sangat2. alhamdulilah.
haaa, itu dia keajaiban dunia. hahaha. 
Tengok sekali tak percaya. tengok dua kali lagi tak percaya. Aku rasa sikit2 ni berkat jiran aku min and fatin yg selalu bergurau bermanja ckp aku dpt 4flat la ap la. sekali masin mulut dorang!!! haha lepas ni aku nk suruh dorang ckp lagi. haha. Dalam hati aku sebenarnya tertanya mcm mana lecturer aku marking paper aku an? dorang dalam mood happy? mkn eskemm walls?? tgk raja lawak?? mungkin lah. itu yg senyum je. haha
okay la. aku pulak tetiba tak ada idea nk menulis. Hilang dibawa arus resah gelisah. ececeh. kbai!

SELAMAT MAJU JAYA SEMUA. (ending yg boring yang boring ya amat) *menguap*


Thursday, 8 November 2012

Alhamdulilah.

*bersihkan blog guna bulu ayam* terlalu berabuk. eceh. haha.
Assalammualaikum. 
hari ni bukan nk buat wordless ke ap jadah walaupun da speechless pagi-pagi buta. Tapi nk share something that i think i need to share . eh boleh? haha 
rasa mcm nk tulis besar-besar  ALHAMDULILAH tanda kesyukuran atas apa yg aku dapat hari ini.
Dengan usaha yg tak seberapa. Dengan carry mark yg tak sberapa juga. aku masih boleh kekalkan DL untuk sem 3 ni. syukur alhamdulilah. aku percaya 100% datangnya dari ALLAH yg sentiasa bersama aku dan makbulkan doa-doa aku selama ini. 
Luar dari jangkaan sebenarnya. sebab aku rasa sem 3 ni sem yg cukup mencabar bagi aku. Emosi sentiasa terganggu pernah rasa mcm tak boleh nk survive lg dah. Tp niatkan nk habiskan belajar tu memang kuat, walau apa terjadi mesti habiskan belajar. Sem ni quite tough la dari sem 1 dan sem 2 tp GPA aku lagi tinggi dari sem 1 and 2. mcm mana tu? hehe
"hipothesis = semakin kurang usaha semakin tinggi GPA pelajar itu". 
haaaaa.. hamik! nk jugak. tp sila jngn ikut hipothesis ini. nescaya korang akan terjunam ke dalam lautan api.  dan aku sama sekali tidak bertanggungjawab haha .
 Ini ialah hasil experiment aku. ALHAMDULILAH lagi. 
sem 1 and sem 2 aku belajar betul-betul dpt 3.5++ je. yg ni belajar tak berapa betul 3.8++ boleh?? hehe
yg aku semangat bulat2 bagai. BEL weh BEL!! erti kata lain bahasa inggeris. A-?? buat aku rasa nk sujud kt madam Ng!! serius. ni dikira keajaiban dunia. spm dulu pon b+ je. sem 1 n 2 kerabat-kerabat b jugak. haha satu-satunya perkara paling tidak dijangka. Alhamdulilah lagi. 

Tapi selalu ingatkan diri sendiri. Ini buka tiket untuk aku terus selesa!!!! tingkatkan usaha usaha usaha. Insyaallah akan dapat lebih baik. Amin

Tuesday, 29 May 2012

Pintu Kampungku.

apabila tiada idea untuk menghupdate blog.
Gambar bermotifkan pintu sebagai picisan kali ini.
Ketika aku menghupdate mungkin diri ini masih lagi kebingungan sambil menggaru kepala yg tidak gatal ataupun baru lepas memarahi adik yg hendak ke rumah kawannya atau juga menonton nada cinta ulangan yg sudah tidak senada dengan diri ini.
Begitu lumrah hidup ku.
sekian.





Tuesday, 22 May 2012

Maaf sebelum memulakan bicara.

Assalammualaikum.
sebelum ke peringkat seterusnya saya ingin meminta maaf. Saya sama sekali tidak berniat untuk berbicara soal politik di blog saya. Saya sama sekali hanyalah manusia yg kerdil. pelajar yg masih belum matang dan belum menghabiskan pengajiannya. Baru- baru ini kita di gemparkan dengan Debat PTPTN. Saya sendiri keliru dengan masalah ini kerana saya sendiri menampung perbelanjaan saya di Universiti dengan menggunakan wang hasil pinjaman PTPTN ini.Pendidikan percuma? iya, saya percaya semua mahukan pendidikan percuma. Tapi adakah kita sudah tahu? adakah kita sudah arif dengan ekonomi Malaysia ? Mampukah pendidikan percuma diberikan kepada semua? . Sebelum saya menutup bicara saya lampirkan Analisis Debat PTPTN oleh HELMI EFFENDY yg saya temui di laman Facebook.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta yang tepat dan benar mengenai debat itu. 

1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ. Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain. 

2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai  pendidikan percuma.  Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi. 

3.  Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya, saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin, hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :) 

4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:

A) Agriculture and forestry 4.5%,

B.) Industry 18.3%

C.) Construction 7.3%

D.) Commerce 16%

E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,

F.) Transport and communications 7%

G.) Public services 32.4%

Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?

5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu). Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan menduduki ranking ke-69. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 69 dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia. 

Sumber saya di sini:  http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita6.

Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal dengan rambutan (bak kata saudara KJ).  Saudara Rafizi ni, awak kena adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu. Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?

7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar celik mata semua.

8.  http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free  dalam dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah CUKAI YANG TINGGI. 

9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni: 

http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr

10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma. Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu, bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.

 http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html

Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, tetapi kenapa sebaliknya?  Sampai kena tangkap tu Mahasiswa Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ? 

11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka sendiri. 

12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah dagingnya.

13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ. 

14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU  yang lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang lebih besar.

15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain. 

- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor. 
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri. 
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah. 
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti. 

Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai. 

Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta. 

Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.

Manusia ada akal untuk berfikir. Assalammualaikum.

Wednesday, 2 May 2012

Memori Tercipta

assalammualaikum..tumpang lalu sat na.. hehe.. 
hangpa suma ap habaq?? baik ka?? amboii sopan cek hari ni... hehe
okaylah..tiada ap lagi nk cakap selain alhamdulilah syukur ke hadrat illahi atas ap yg diberikan.Tiada ap lagi yg dapat nk dibanggakan selain result yg baik kan. Walaupun tidaklah sehebat mana tapi tulah rezeki kita kan. Setakat mana kita usaha setakat itulah yg kita dapat.alhamdulilah.
Jadi semalam ada sesuatu yg harus ditunaikan oleh kedua ibu bapa. Alhamdulilah dapat apa yg diinginkan. Nama pon janji jangan janji tinggal janji pulak kan. hehe

JAM TANGAN IMPIANKU.
Aku bukanlah anak orang kaya. Bukanlah anak manja ataupun sebagainya. Yg boleh minta APA APA dengan mulut jer. Macam dulu juga nak ap ap mesti ada usaha. So aku kena letakkan semangat untuk dapatkan sesuatu. GUESS menjadi pilihan sebab selama ini aku pakai GUESS uptown! ahahah

setelah berhempas pulas pusing keliling kota survey sane survey sini akhirnya City Chain jugak jadi pilihan.
aku ada masalah dengan tangan dari dulu lagi.HAHA. Jadi sangat sedih kena try banyak jam untuk disesuaikan dengan tangan aku yg comel ni awww!! aaha ABG tu macam beranginnnn je ngn aku keluar masuk keluar masuk potong jam. longgar la ketat la . Tapi tak per sebab ABG tu kasik discount so sayang ABG tu lebey la. ahaha
SESI BERGAMBAR BERSAMA DATO' DAN DATIN.
BERSAMA ADIK.
DATO' DAN DATIN MEMBUAT PROSES PEMBAYARAN.ECEWAH.
Bahagianya aku setelah mendapat jam baghuuuuuuuu!! ahah sampai tak terperasan abah kesayangan masih membelek bill. masih tak percaya mungkin. hehe ..

JENG JENG JENG

Nampak tak ap yg aku cuba tunjukkan ni?? haha . *blog aku suka hati aku nk tunjuk* HAHA.

p/s : Aku rasa post aku kali ni sangat la hambar mungkin sebab terlalu excitedddddddd dengan jam baghuu. KBAI!!