*bersihkan blog guna bulu ayam* terlalu berabuk. eceh. haha.
Assalammualaikum.
hari ni bukan nk buat wordless ke ap jadah walaupun da speechless pagi-pagi buta. Tapi nk share something that i think i need to share . eh boleh? haha
rasa mcm nk tulis besar-besar ALHAMDULILAH tanda kesyukuran atas apa yg aku dapat hari ini.
Dengan usaha yg tak seberapa. Dengan carry mark yg tak sberapa juga. aku masih boleh kekalkan DL untuk sem 3 ni. syukur alhamdulilah. aku percaya 100% datangnya dari ALLAH yg sentiasa bersama aku dan makbulkan doa-doa aku selama ini.
Luar dari jangkaan sebenarnya. sebab aku rasa sem 3 ni sem yg cukup mencabar bagi aku. Emosi sentiasa terganggu pernah rasa mcm tak boleh nk survive lg dah. Tp niatkan nk habiskan belajar tu memang kuat, walau apa terjadi mesti habiskan belajar. Sem ni quite tough la dari sem 1 dan sem 2 tp GPA aku lagi tinggi dari sem 1 and 2. mcm mana tu? hehe
"hipothesis = semakin kurang usaha semakin tinggi GPA pelajar itu".
haaaaa.. hamik! nk jugak. tp sila jngn ikut hipothesis ini. nescaya korang akan terjunam ke dalam lautan api. dan aku sama sekali tidak bertanggungjawab haha .
Ini ialah hasil experiment aku. ALHAMDULILAH lagi.
sem 1 and sem 2 aku belajar betul-betul dpt 3.5++ je. yg ni belajar tak berapa betul 3.8++ boleh?? hehe
yg aku semangat bulat2 bagai. BEL weh BEL!! erti kata lain bahasa inggeris. A-?? buat aku rasa nk sujud kt madam Ng!! serius. ni dikira keajaiban dunia. spm dulu pon b+ je. sem 1 n 2 kerabat-kerabat b jugak. haha satu-satunya perkara paling tidak dijangka. Alhamdulilah lagi.
Tapi selalu ingatkan diri sendiri. Ini buka tiket untuk aku terus selesa!!!! tingkatkan usaha usaha usaha. Insyaallah akan dapat lebih baik. Amin